Terengganu Songket
Terengganu Songket telah ditubuhkan pada tahun 1975 oleh Hajah Zainab Binti Mamat sebagai satu tapak untuk menarik perhatian orang ramai yang menjadikan songket Terengganu satu warisan yang terpelihara. Sekarang Terengganu Songket diuruskan oleh anaknya iaitu Zainun Binti Jusoh.
Hampir 49 tahun tertubuhnya Terengganu Songket akan tetapi seni pembuatan songket sudah diturun temurun oleh beberapa generasi sekian lamanya. Terengganu Songket mendapat perhatian ramai setelah Hajah Zainab dianugerahkan Tokoh Kraf Negara Tenunan Songket pada tahun 2002.